Permainan Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang merupakan sebuah permainan arena perjudian atas talian yang memerlukan berbilang pemain dan direka khas untuk telefon pintar.[2][3] Dalam mod klasik, kedua-dua pasukan bertempur untuk sampai ke pangkalan musuh (enemy's base) dan memusnahkannya sambil mempertahankan pangkalan masing-masing dan mengawal laluan (lanes). Dalam mod ini, terdapat tiga laluan iaitu laluan atas (top), tengah (middle), dan bawah (bottom), yang menghubungkan pangkalan-pangkalan itu.

Dalam setiap pasukan, terdapat lima orang pemain yang mengawal wira (hero) dari peranti masing-masing. Terdapat juga karakter lemah yang dikawal komputer, iaitu konco-konco (minions) yang dikeluarkan dari pangkalan masing-masing dan mengikut ketiga-tiga laluan menuju ke arah pangkalan musuh sambil melawan konco-konco, wira musuh serta menara (turrets).Konco-konco yang dikeluarkan bagi setiap peringkat ialah sebanyak 3 ekor bagi setiap laluan.

Terdapat banyak wira yang direka oleh Moonton dan boleh dikategorikan mengikut tugas masing-masing iaitu Marksman , Fighter, Tank, Mage, Support dan Asassin.